Sunday 14 October 2012

1st step to our journey

hye b2b,

ada sesuatu yang perlu tasha share kali ni. ketika menaip entry ini, bermacam-macam perasaan yang tasha rasa. sebelum tu, mari kita layan gambar dulu.

bismillah. pheww!





rombongan keluarga pihak lelaki sedang berbincang bersama keluarga pihak perempuan.


perkara yang sangat penting dibincangkan.


dan setelah kata sepakat dicapai,


tasha dipanggil keluar untuk berjumpa dengan keluarga pihak lelaki.


kemudian,,,

,,,,,,,


,,,,,,,


 ,,,,,,,


 ,,,,,,,




syukur alhamdulillah.

i am officially ENGAGED with Mohd Fadlullah Syah Bin Mohd Sabri



tasha diapit mama, along & angah :)

pada 13 Oktober 2012 bersamaan dengan hari ahad, keluarga dari pihak bakal suami telah datang ke rumah keluarga tasha. pada awal perancangan, kedatangan mereka pada hari itu untuk tujuan sarung cincin tanda. then tiba-tiba last minute mereka bertukar plan! *pengsan*

tasha telah diberitahu mereka datang membawa hantaran & seterusnya akan mengikat tali pertunangan di antara tasha & bakal suami. *pengsan lagi*

 

atas - hantaran dari pihak lelaki
bawah - hantaran dari pihak perempuan

seriously tasha tak tergambar perasaan ketika itu. semua berlaku dengan cepat.

tapi syukur alhamdulillah. majlis yang cukup simple tapi memberi impak yang besar buat tasha & bakal suami. majlis yang diadakan secara tertutup berjalan dengan lancar.

maka, bermulalah episod baru bagi hubungan tasha & bakal suami. semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang.

last but not least,




pasangan yang bertunang tapi tak macam bertunang.
kehkehkeh.
baju tak match langsung :p

terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat pada majlis ketika itu. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. doakan kami.

4 comments: