Thursday, 10 January 2013

baju pengantin perempuan

Hye b2b,

Entah kenapa hari ni mood berblogging tu ada. Amek kau sampai 2 post tasha publish hari ni. Hehe.

Sorry la, sebab cerita ni dah berkurun. Baru la nak menconteng dekat blog ni. Kesian blog ni sunyi sepi. *crickets sound*

Ok back to main topic. Alhamdulillah part baju pun dah settle. Settle tempah jela, belum siap lagi. Huhu.

Baju nikah tema grey+pink. Kain tu ibu beli dekat Bandung time family trip. Tasha tak follow sebab kena kerja. So, pilihan kain 100% atas taste ibu. So, baju yang akan dipakai adalah jenis baju kurung moden. Tapi baju yang jenis macam mana? Jengjengjeng! Hahaha. Bajet nak surprise la sangat. Hihihi.

Baju sanding, ha yang tang ni macam-macam baju tasha dah pilih. Sampai pening kepala sebab dah lari dari tema sanding yang awal. Wuwuwu. Tasha tak sewa baju dekat mak andam. Semua beli sendiri. Konon nak simpan buat kenangan la. Tu yang kejap pilih baju ni, kejap pilih baju tu. Kalau tempah mak andam konfem dia akan reject tasha. Huhu. Akhirnya dapat juga stick to pilihan baju yang muktamad. Pada awal cerita baju utama, ala-ala dress lace. Kira guna 1 baju jela. Motif, malas nak salin banyak kali.

Ni contoh dress lace.

Then baju bertandang pula tempah sendiri. Sebab tasha nak baju kahwin ni tasha boleh pakai semula. Maknanya pakai untuk ke majlis rasmi ke. Kan dah jimat di situ. So, cadangannya baju bertandang akan pakai peplum warna putih. Sebab tunang akan pakai baju istiadat. Konon nak match la.

Contoh design peplum

Tapi! Semalam barulah dapat tau. Belah lelaki, bakal mak mertua dah tempah baju. So nampaknya, belah perempuan akan guna 2 baju la! Baju peplum tu cancel untuk bertandang. Hahaha. Best jugak macam tu.

Maknanya, baju peplum itu akan tasha pakai untuk sanding. Manakala, dress lace tu pula akan dipakai masa potong kek. Kek 3 tingkat woo! ok la tu kan? Hehehe.

Ni baru part baju. Part tudung, veil & aksesori still pending. Huwaaa T_T

To be continue...

4 comments:

  1. Tasha beLi siap ke tempah dress lace?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, tasha beli siap. Kedai yg dekat area mydin blkg jln tar.

      Delete
  2. amboi2..potong kek pun ade bj..bestnyer...cntik yg peplum tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tula awal2 takde pun. Tapi macam ade baju terlebih. Tu yang buat aje baju utk potong kek. Hihi.

      Delete