Friday 11 January 2013

pelamin

Hye b2b.

Mood berblogging semakin bertambah. Hehe. Layankan saja kan? Ok kali ni tasha nak share tentang pilihan pelamin tasha.

Masa awal perbincangan, tasha nak pelamin yang grand tapi masih bawah RM1k. Mewah tapi bajet. Nampak tak masih ada perkataan "bajet" tu? Hihi.

Tapi sesuatu telah menyedarkan tasha. Nampaknya nilai untuk pelamin SAHAJA sebanyak bawah RM1k tu sangat-sangat tidak berbaloi untuk tasha yang bergelar pengantin bajet.

Search punya search, akhirnya tasha dapat 1 idea. Inspirasi dari wedding one of my bff. Pelamin sanding dia cuma berharga RM350 SAHAJA!! Gila murah!! Sebabnya pelamin ni tasha nak gunakan untuk pengantin duduk then bergambar sahaja. No renjis merenjis. So, dari situ terpikir nak cari pelamin yang below RM500. Dah boleh cut cost di situ.

Yes, pelamin sanding jarang kita jumpa harga macam tu kan? Yang ada pun MINI PELAMIN. Mini pelamin tak semestinya 'mini' kan. Ada juga yang letak kerusi macam kerusi sanding tu. So, kenalah rajin buat searching.

Finally, jumpa juga 1 vendor ni yang sediakan mini pelamin mengikut citarasa tasha. Simple but nice. Simple itu menarik. Hehehe. Bajet pelamin tasha masih bawah RM500. Tasha tak mahu terlalu berhabis untuk pelamin. Masih banyak lagi perkara penting yang boleh dibuat dengan duit lebihan.

Ok jom layan pilihan-pilihan design mini pelamin yang akan tasha pilih.

Sumber : Soulart

Sumber : Soulart

 Sumber : Shayana Creation

Sumber : SuperCun Wedding Rental

Cantik-cantik kan semua? Rambang mata nak pilih yang mana 1. Besok, sabtu 12 Januari 2013, tasha ada appointment dengan vendor pelamin yang tasha dah booking. Harap-harap dia dapat realisasikan impian tasha ni. InshaaAllah.

Jumpa di entry yang berikut :-)

3 comments:

  1. cantikkkk... yang ketiga tu nina suke ! hehe gud luck dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tasha pun mcm berkenan dgn yg tu. Tq so much cik nina :-)

      Delete
  2. waa... bestnye. sekrg pun ngah pening nak carik pelamin cntek cm2 bawah rm500 kat KL ni.. :(

    ReplyDelete